Total Pageviews

Pageviews! Harap Bertambah!

Friday 11 May 2012

Pada Zaman Dahulu (PZD)

Assalamualaikum...Wah! Cantiknya lukisan ni! Kalau nak tahu, inilah produk terbaru Les' Copaque Production yang bertajuk Pada Zaman Dahulu atau dalam Bahasa Inggerisnya, Once Upon A Time.  Ia menceritakan tentang 2 orang kanak-kanak bandar iaitu Ara & Aris balik ke kampung. Aki, datuk mereka memberi nasihat menggunakan cerita-cerita Sang Kancil. Ia akan diceritakan semula dengan menarik dan menghiburkan. Kawan-kawan pernah dengat tak cerita Sang Kancil? Ada banyak.... Contohnya; Sang Kancil dan Buaya, Sang Kancil dan Kerbau, Sang Kancil dan pergi buta dan banyak lagi lah!

Pada Zaman Dahulu menggabungkan konsep 2D dan juga 3D. Contohnya; tekstur dan latar belakang animasi ini menggunakan  konsep 2D, manakala watak pula menggunakan konsep 3D. Ala, seperti yang kawan-kawan lihat didalam cerita Upin Ipin tu...
Terdapat empat watak utama dalam animasi ini. Iaitu Sang Kancil, Ara, Aris & Aki.

Kalau kawan-kawan semua nak tahu, sayalah yang menjadi watak suara bagi Ara!  Mesti ada sesetengah daripada kawan-kawan tidak percaya, kan? Cuba kawan-kawan beli Majalah Komik Upin & Ipin isu 26, ada nama saya...Nama saya Shireen Alyssa. Tak percaya lagi? Wallahualam...

" Aki, ada tak cerita pasal orang suka kacau binatang?" dan " Aki, ceritalah.. ceritalah...!"

Musim 1 Pada Zaman Dahulu ada 12 episod & musim 2 ada 24 episod. Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut lagi, kawan-kawan bolehlah sertai Facebook PZD iaitu:

      https://www.facebook.com/padazamandahulu

  Kawan-kawan jangan lupa like page PZD!!! Wassalam :-)

No comments:

Post a Comment