Total Pageviews

Pageviews! Harap Bertambah!

Friday 18 May 2012

StoryJumper

Alyssa dah tahu satu app ni, app nie best sangat. Kenapa best? Sebab dia boleh buat buku. Kalau takde Idea, dia akan kasi separuh cerita lepas tu kena sambung. nama app tu StoryJumper. Kena Sign-up dulu baru boleh buat buku. boleh baca buku orang lain buat juga..

Friday 11 May 2012

Happy Mothers Day!

happy mothers day! alyssa kasi hadiah bantal. kite kene thanks umi kite sebab basuh baju,hantar dan bawa balik sekolah,iron baju, beli dan masak  makanan, beli alat tulis (yang kitaorang asyik hilangkan), beli buku, & sebagainye... love you!

Pada Zaman Dahulu (PZD)

Assalamualaikum...Wah! Cantiknya lukisan ni! Kalau nak tahu, inilah produk terbaru Les' Copaque Production yang bertajuk Pada Zaman Dahulu atau dalam Bahasa Inggerisnya, Once Upon A Time.  Ia menceritakan tentang 2 orang kanak-kanak bandar iaitu Ara & Aris balik ke kampung. Aki, datuk mereka memberi nasihat menggunakan cerita-cerita Sang Kancil. Ia akan diceritakan semula dengan menarik dan menghiburkan. Kawan-kawan pernah dengat tak cerita Sang Kancil? Ada banyak.... Contohnya; Sang Kancil dan Buaya, Sang Kancil dan Kerbau, Sang Kancil dan pergi buta dan banyak lagi lah!

Pada Zaman Dahulu menggabungkan konsep 2D dan juga 3D. Contohnya; tekstur dan latar belakang animasi ini menggunakan  konsep 2D, manakala watak pula menggunakan konsep 3D. Ala, seperti yang kawan-kawan lihat didalam cerita Upin Ipin tu...
Terdapat empat watak utama dalam animasi ini. Iaitu Sang Kancil, Ara, Aris & Aki.

Kalau kawan-kawan semua nak tahu, sayalah yang menjadi watak suara bagi Ara!  Mesti ada sesetengah daripada kawan-kawan tidak percaya, kan? Cuba kawan-kawan beli Majalah Komik Upin & Ipin isu 26, ada nama saya...Nama saya Shireen Alyssa. Tak percaya lagi? Wallahualam...

" Aki, ada tak cerita pasal orang suka kacau binatang?" dan " Aki, ceritalah.. ceritalah...!"

Musim 1 Pada Zaman Dahulu ada 12 episod & musim 2 ada 24 episod. Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut lagi, kawan-kawan bolehlah sertai Facebook PZD iaitu:

      https://www.facebook.com/padazamandahulu

  Kawan-kawan jangan lupa like page PZD!!! Wassalam :-)